DEMO BAPA KAFIR: RUPA-RUPANYA SEMUA AHLI PAS DIKERAH UNTUK HADIR

>> 28 May 2012


Demo Bapa Kafir yang diadakan di hadapan pejabat NSTP baru-baru ini suram sahaja. Jumlah pendemo yang hadir lebih sedikit jika dibandingkan dengan wartawan yang telah berkampung di situ beberapa jam awal. Malah dalam demo itu polis yang berkawal juga tidak ramai kerana pendemo yang dijangkakan ramai rupa-rupanya jauh meleset sama sekali.



Rupa-rupanya untuk menjayakan Demo Bapa Kafir, PAS telah mengeluarkan surat untuk mengerahkan ahli-ahlinya hadir ke demo tersebut. Walaupun sudah dikerah tetapi jumlah yang hadir tidak sampai 100 orang. Surat arahan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia iaitu Khairul Faizi Ahmad Kamil. 

Ini kandungan surat tersebut,
Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan isu “Nik Aziz Is Father Of Kafir" yang dikeluarkan oleh akhbar Nes Straits Times sebagai satu penghinaan kepada PAS serta perjuangannya. Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga telah mengambil satu tindak balas segera iaitu berjumpa dengan pihak New Straits Times bagi menyatakan bantahan serta meminta pihak mereka untuk menarik semula kenyataan tersebut. 
Maklum balas yang diterima, pihak New Straits Times enggan menarik balik kenyataan tersebut bahkan tidak mahu memohon maaf di atas fitnah yang ditabur oleh pihak mereka ke atas Mursyidul Am PAS dan juga Menteri Besar Kelantan. 
Dewan Pemuda PAS Malaysia juga telah mengarahkan untuk diadakan satu demonstrasi bantahan di peringkat negeri-negeri pada minggu lepas untuk membantah tindakan akhbar tersebut. Sehingga kini, Dewan Pemuda PAS Malaysia masih lagi tidak mendengar apa-apa kenyataan daripada pihak New Straits Times untuk memohon maaf atau menarik semula kenyataan tersebut. 
Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan satu lagi demonstasi bantahan di peringkat Pusat yang akan diadakan pada hari Jumaat bertarikh 25 Mei 2012 selepas solat Jumaat bertempat di hadapan pejabat Balai Berita New Straits Times Press [M] Berhad, Bangsar. Solat Jumaat beramai-ramai di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar. 
Setiap ahli PAS diminta untuk hadir bagi menyatakan bantahan terhadap kebiadapan kenyataan New Straits Times iaitu “Nik Aziz is Father of Kafir” dan juga kedegilan mereka untuk memohon maaf.
Disediakan oleh ;
Khairul Faizi Ahmad Kamil
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sumber: KLIK 
Walaupun arahan telah dikeluarkan, tetapi ahli-ahli PAS seperti tidak berminat untuk hadir. Malah ahli-ahli PAS lebih sanggup memperjuangkang kafir harbi Ambiga semasa BERSIH 3.0 jika dibandingkan untuk memperjuangkan Mursyidul Am mereka. 

Berdasarkan jumlah yang hadri menunjukkan betapa ahli PAS tidak kisah pun Nik Aziz digelar kafir asalkan mereka mendapat kuasa dalam PRU nanti.

Nota: semasa BERSIH 3.0 ahli PAS dibayar tetapi demo bapa kafir tidak dibayar. Jadi faham-faham sendirilah..

2 comments:

Meow Bergaya,  May 28, 2012 at 11:04 PM  

Sepatutnya dewan pemuda pas M'sia impot pendemo2 yg boleh melompat-lompat atas kereta, merosakkan harta benda dsbnya barulah berkesan bantahan yg dibuat.

Unit amal mereka pasti menunggu-nunggu tu mungkin dah gian utk membuat huruhara lagi disamping mengisi sikit poket yg mungkin dah kosong.

Anonymous,  May 29, 2012 at 6:38 AM  

tu dia la ... cuba kalo AMBIGA " PUTRI BALKIS " merangkap "SRIKANDI NEGARA " yang highlight BENDA ni ... baru ada SHOW lompat atas kereta . ishhhhh .... macam mana la kalo dalam waktu terdkat ni ada kes macam LINA JOY .ambiga sbg penguam ..... PEMUDA PAS dan A samad said mesti hadir di court untuk sokong ambiga ...

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP