UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA LETUPAN DI HATYAI

>> 01 April 2012


KANGAR 1 April — Rakyat Malaysia yang terbunuh dalam kejadian letupan di sebuah hotel di Hatyai semalam dikenal pasti sebagai Low Thian Hock, 46, berasal dari Kulim, Kedah.

Menurut Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Aini Atan, mayatnya masih di hospital dan akan dihantar pulang esok.

"Seramai 27 rakyat Malaysia cedera dalam kejadian pada kira-kira pukul 1 tengah hari waktu tempatan di Hotel Lee Garden Plaza itu dan 10 daripadanya sedang menerima rawatan di beberapa hospital manakala selebihnya menerima rawatan pesakit luar," katanya.

Mereka adalah antara lebih 300 yang dilaporkan cedera dalam kejadian di lokasi yang sentiasa sesak dengan pelancong itu kerana kedudukannya di tengah pusat perniagaan. - Utusan Malaysia

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP