SUDAH PUAS JUAL AGAMA, KINI MAT SABU JUAL SEMANGAT PATRIOTIK PULA

>> 28 April 2012


Mat Sabu menegaskan bahawa kehadiran untuk berhimpun pada hari ini bukti cinta kepada negara.

Huh?!

Adakah Mat Sabu mengeluarkan kenyataan tersebut dalam keadaan mabuk? Cinta kepada negara itu ialah sikap patriotik rakyat Malaysia. Benarkah dakwaan Mat Sabu ini? Banyak soalan yang perlu dirungkaikan.

1. Patriotik bagaimana dengan melanggar arahan pihak berkuasa yang melarang berhimpun di Dataran Merdeka?

2. Patriotik bagaimana dengan mencemuh PDRM sebagai tulang belakang negara?

3. Patriotik bagaimana dengan mengikut Ambiga dan Anwar yang gemar memburukkan nama negara?

4. Patriotik bagaimana dengan mengganggu warga kota dengan budaya samseng semasa berhimpun?

5. Patriotik bagaimana dengan merusuh dan bertindak ganas atas nama kebebasan?

6. Patriotik bagaimana dengan melakukan acara yang menjatuhkan martabat negara di mata dunia?

Adakah sebenarnya Mat Sabu faham maksud patriotik yang sebenar atau sekadar menjual nama patriotik?

Nota: Im on my way to Dataran Merdeka. Not for coverage, just hanging around.. and watch

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP