SEKOLAH DI KELANTAN AIRNYA WARNA COKLAT?

>> 26 April 2012


Agak menghairankan sikap acuh tak acuh Kerajaan PAS Kelantan dalam membantu rakyatnya sendiri. Difahamkan masalah air Kelantan yang konon-kononnya didakwa Haprakah Daily sebagai "tidak serius" kini semakin tidak diendahkan kerajaan negeri.

Lawatan TPM ke Kelantan beberapa hari lepas menyaksikan janji TPM untuk menyediakan kemudahan air bersih kepada 30 buah sekolah di Kelantan. Ini bermakna sebahagian besar pelajar akan menerima bekalan air bersih dengan usaha TPM ini.

Isu yang ingin dibincangkan di sini bukanlah kebaikan TPM membantu rakyat Kelantan kerana itu memang kewajipan pemimpin. Isi yang ingin dibincangkan di sini apa yang pemimpin Kelantan lakukan dan laksanakan.

Tidak malukah Kerajaan Negeri Kelantan sehinggakan masalah dalaman negeri sendiri memerlukan pemimpin luar untuk selesaikan? Apakah selama ini Kerajaan PAS Kelantan sekadar melihat sahaja rakyatnya menggunakan air kotor?

Difahamkan ramai pemimpin-pemimpin Kelantan yang mempunyai kediaman bertaraf mahligai tetapi kebajikan rakyatnya seperti negara dunia ketiga. Konon-kononnya perjuangan berlandaskan al-Quran dan hadis tetapi agama apa yang menyebut pemimpin boleh mengabaikan tanggung jawab terhadap rakyat?

Inilah perkara yang sungguh mengcewakan melihat pemimpin Islam mengabaikan rakyatnya sendiri. Jika Kelantan memerlukan pertolongan mengapa tidak lakukan seperti Selangor yang meminta bekalan air dari Negeri Sembilan?

Mungkin sudah sampai masanya pemimpin Kelantan menggunakan kepandaian mereka berceramah diterjemahkan kepada aktiviti yang boleh membantu rakyat Kelantan mendapat air bersih.

1 comments:

Anonymous,  April 26, 2012 at 9:15 AM  

Wow! Kelantan bekalkan teh ais! Dapat kontrak Tea Boh atau Lipton?

Mesti ada yang makan duit ni ha ha ha

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP