DULU BUKAN MAIN BAIK, SEKARANG MULA BERGADUH

>> 01 April 2012


Semakin lama semakin manjadi-jadi krisis penagihan kerusi Pakatan Rakyat di negeri. Sebelum ini di Johor, kini di Kedah pula DAP menyuarakan rasa tidak puas hati dengan kerusi PKR yang dikatakan mengambil kuota DAP.

Sebelum ini pun PAS sudah bising dengan ketamakan PKR membolot kerusi di Kedah. Tetapi nampaknya kepimpinan PKR sekadar pekak badak sahaja demi mencapai cita-cita membolot kerusi yang banyak.

Sebelum ini pun semasa di PRN Sarawak dapat dilihat betapa tamaknya PKR membolot kerusi. Tetapi jumlah yang berjaya dimenangi hanya 3 daripada hampir 40 kerusi.

Nampaknya krisis ini semakin meruncing dan pastinya semakin dekat dengan PRU nanti semakin teruk krisis kerusi Pakatan Rakyat.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP