BUKTI KERAJAAN PAS KELANTAN MEMANG LIAT BINA MASJID

>> 03 April 2012


Kini sudah masuk tahun ke 5 pembinaan Masjid Tok Guru di Kelantan. Buat masa ini Kerajaan PAS Kelantan langsung tidak memberikan perhatian ke atas proses pembinaan masjid ini.

Sebelum ini di blog ini pernah didedahkan betapa nasib masjid ini yang dianaktirikan oleh Kerajaan PAS Kelantan. (KLIK)

Proses pembinaannya masih tidak mampu diselesaikan oleh pemaju kerana kekurangan dana sebanyak hampir RM 550,00 manakala jumlah terkumpul hanya RM100,00. Kerana dana tidak mencukupi maka rakyat Kelantan yang prihatin terhadap masalah ini terpaksa mengemis ke sana sini untuk mendapat wang sebaliknya Kerajaan Negeri Kelantan hanya sekadar pejam mata.

Sungguhpun nama masjid ini diambil sempena sanjungan puak PAS kepada MB Kelantan, tetapi MB Kelantan iaitu Nik Aziz dan kerajaan pimpinannya lebih gemar membina tokong dari masjid. Sebelum ini pun pernah didedahkan oleh bekas ahli PAS sendiri dimana Kerajaan Negeri Kelantan memberi dana dalam pembinaan tokong. (KLIK)

Rupa-rupanya inilah bentuk negeri yang dipanggil puak PAS sebagai Serambi Makkah. Tokong didahulukan, kafir diutamakan.


2 comments:

Reverse Gear April 3, 2012 at 5:35 PM  

Masjid kemain liat nak bina,
tapi berhala lain pulak cerita,
saiznya bagak2 belaka,
kalah al-Latta & Al-Uzza,
rakyat konfius & pening kepala,
tuang guru tu Isle ke budha?

mohon linkkan blog ambo, TQ!!

http://reversebaikpunya.blogspot.com/

penyokongketuanan April 3, 2012 at 9:06 PM  

Assalamualaikum,

Blog tuan kena malware oleh google

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP