BERSIH 3.0 PASTI BERLAKU DI JALANAN, BUKAN DATARAN MERDEKA

>> 27 April 2012


PDRM telah menerima arahan untuk mengawal Dataran Merdeka dari kumpulan pelampau politik yang mahu melangsungkan acara mereka iaitu BERSIH 3.0. Kumpulan ini berdegil untuk menggunakan Dataran Merdeka sedangkan permit tidak dikeluarkan. Malah pelampau ini telah menutup pintu rundingan dengan tetap berdegil untuk menggunakan Dataran Merdeka.

Difahamkan pihak PDRM sedang mengawal Dataran Merdeka dari dicemari kumpulan pelampau ini. Malah dimaklumkan PDRM juga sedang bersiap sedia dengan kemungkinan rusuhan seperti yang berlaku semasa BERSIH 2.0 yang lepas.

Buat masa ini tangkapan secara terbuka belum dilakukan. Tetapi untuk pengetahuan ada beberapa individu Occupy Dataran telah disoal siasat polis dalam beberapa hari ini.

Oleh itu kepada warga kota, seelok-eloknya esok cuba hindari dari berada di pusat bandar kerana dikhuatiri musibah akan berlaku. Malah ada baiknya rakyat menjauhi BERSIH 3.0 ini kerana ianya perhimpunan haram dari segi undang-undang dan agama.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP