ADA BLOGGER PEMBANGKANG MEMANG RINDU MASUK LOKAP LAGI SEKALI

>> 02 April 2012


Seorang blogger pembangkang melaporkan kisah mengenai konon-kononnya Datuk Seri Utama Sharir Abdul Samad menyertai PAS bersama 2000 ahli yang lain. Tetapi cerita ini sekadar kisah April Fool yang sememangnya budaya kafir yang menjadi ikutan puak-puak pembangkang yang mungkin sudah tidak kenal halal atau haram.

Dalam pada itu blogger ini pernah masuk lokap kerana artikel menghina Sultan Johor pada tahun lalu. Mungkin berita ini sengaja disensasikan oleh blogger tersebut kerana terlalu rindu untuk masuk lokap sekali lagi.

Kisah bloggger ini membuat lawak tidak bertempat telah pun mendapat tindak balas dari Datuk Seri Utama Sharir sendiri yang mengesahkan perkara tersebut tidak berlaku sama sekali.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP