NGO CINA PULA MEMAINKAN ISU ORANG MATI BERBAUR PERKAUMAN

>> 05 March 2012


Lim Lian Geok merupakan pejuang pendidikan masyarakat Cina di Malaysia. Malangnya kerakyatannya ditarik balik oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961 kerana menentang laporan Rahman Talib yang mengarahkan kesemua pembelajaran sekolah menengah menggunakan Bahasa Melayu atau Inggeris.

Walau bagaimanapun Lim Lian Geok enggan pulang ke China lalu menghilangkan diri. Lim Lian Geok mati pada 1985.

Hari ini pula sekumpulan NGO Cina yang bermuka-muka politik dikhabarkan akan berjumpa PM untuk membincangkan agar kerakyatan diberikan kembali kepada Lim Lian Geok dan meminta pendidikan Cina dinaik taraf seangkatan dengan China.

Menurut Perkasa, Singapura sendiri enggan menaikkan taraf pendidikan Cina. Ini kerana taraf tersebut akan menjurus ke arah pendidikan berkiblatkan negara China sedangkan sepatutnya pendidikan dicetak berasaskan kepada acuan kenegaraan sendiri. Apakah relevannya memperjuangkan sesuatu yang bukan milik kita? Apakah kerana hanya namanya pendidikan Cina maka kesemua masyarakat Cina perlu menyokong walaupun menidakkan aspek negara sendiri?

Tambah pelik apabila permintaa agar orang yang sudah lama mati diberikan taraf kewarganegaraan. Semestinya terfikir di hati kita apakah relevannya memberikan kewarganegaraan kepada orang yang tidak boleh menabur jasa lagi kepada negara. Ada lebih baiknya memberikan kewarganegaraan kepada orang yang masih hidup. Ini permintaan yang tidak masuk akal. Jangan disebabkan maruah kepandaian terletak di tapak kaki!

Seharusnya PM tidak perlu melayan kerenah merepek yang cuba dimainkan oleh segolongan rasis ini. Ada lebih baiknya apabila mereka ini membincangkan perkara yang boleh memajukan bangsa sendiri dan merapatkan jurang antara kaum dan bukanlah perkara yang akan menambahkan sifat rasis sesama sendiri.

2 comments:

My Happiness AA123 March 5, 2012 at 8:38 AM  

hapuskan pendidikan cina dan india... barulah asimilasi kaum dapat dilaksanakan... buat mcm sekolah agama... pagi ke sekolah kebangsaan... petang ke sekolah agama... mcm tu jugak sekolah cina dan india... pagi ke sekolah kebangsaan petang ke sekolah cina dan india... tentu boleh dilaksanakan sekiranya bangsa cina bukan rasis... masalahnya sekarang bangsa cina lah yang paling rasis di Malaysia ini...

Anonymous,  March 5, 2012 at 12:03 PM  

tak pa ..usah dilayan.
Tunggu PM PAKATAN..mohon ler

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP