KERAJAAN NEGERI KEDAH JUGA GAGAL MENANGANI MASALAH SAMPAH

>> 06 March 2012



ALOR SETAR — Kira-kira 100 penduduk yang mendiami 40 buah rumah di Kampung Alor Semadong di sini, terpaksa menghidu bau busuk daripada timbunan sampah yang tidak dipungut syarikat Environment Idaman(E-Idaman) sejak seminggu lalu.

Antaranya ialah keluarga jurulatih skuad bola sepak Negeri Sembilan Azraai Khor Abdullah, yang rumahnya berada kira-kira 10 meter dari tempat longgokan sampah terbabit.

Isterinya Rohani Ibrahim, 53, mendakwa tempat tersebut menjadi kawasan longgokan sampah sejak setahun lepas, dan lazimnya E-Idaman akan memungut sampah terbabit.

Namun, syarikat itu hanya berbuat demikian apabila longgokan sampah sudah bertimbun-timbun sehingga menyebabkan bau busuk selain masalah lalat katanya, ketika ditemui Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata, suaminya sebelum ini pernah melaporkan perkara itu kepada Majlis Bandaraya Alor Setar, namun tiada tindakan diambil pihak berkenaan.

Sementara itu, Pengurus Unit Perkhidmatan E-Idaman Alor Setar, Ahmad Zikry Badrin berkata, pekerja E-Idaman mengutip sampah di kawasan tersebut seminggu sekali mengikut jadual yang ditetapkan berdasarkan kepadatan penduduk yang rendah. — BERNAMA

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP