PARTI GAY MALAYA TETAP BERDEGIL. CABARAN KEPADA PDRM

>> 04 January 2012


PKR telah menyatakan keengganan mereka mematuhi amaran PDRM supaya tidak menyertai rusuhan 901. Dalam pada itu pemimpin-pemimpin PKR dilihat semakin hebat menghasut rakyat untuk menyertai rusuhan ini yang akan diadakan pada minggu depan.

Kedegilan PKR sememangnya diketahui umum. Sebelum ini juga semasa rusuhan BERSIH, PKR tidak mahu mematuhi amaran PDRM dan tetap meneruskan rusuhan tersebut. Jadi, dalam pada itu, sikap berlembut PDRM tidak mampu membuatkan para perusuh mematuhi arahan yang sangat jelas dan senang. Mungkin ini kerana para perusuh telah dirasuk sebelum pergi merusuh akibat terminum air kaki Anwar Ibrahim.

Buat masa ini, laporan polis telah pun dilakukan oleh banyak pihak seperti PERKASA, Pemuda UMNO dan orang awam demi menjaga ketenteraman negara yang sekelian lama. Jadi kita sebagai rakyat, pertimbangan kita amat diperlukan dalam hal seperti ini.

PKR bukanlah parti pecinta keamanan seperti yang diwar-warkan oleh Anwar Ibrahim. Kerana itu akibat tewas di mahkamah, Anwar menjadikan jalan raya sebagai gelanggang baru untuk perbicaraan kes liwatnya. Rakyat tidak perlu terikut-ikut dengan keletah Anwar Ibrahim kerana dia adalah seorang pesalah yang sedang cuba mengkeldaikan seberapa ramai rakyat untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.

Jadi, seharusnya kita mensyukuri sekiranya Anwar dipenjarakan inilah keadilan yang perlu untuk seorang pesalah. Jadi, usahlah kita terperangkap dengan tipu helah ini lagi.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP