JAWAPAN SEORANG PENGKHIANAT

>> 05 January 2012


Aspan Alias menyatakan tiada bezanya memilih PAS atau DAP asalkan PR. Jawapan ini diberikan apabila seorang blogger bertanyakan mengapa memilih DAP dan tidak PAS. Ini jawapan yang paling tidak munasabah sekali.

Aspan Alias sememangnya dasar seorang yang lupa daratan. Apabila diberikan kemewahan, kuasa dan pangkat, dia lupa bahawa dirinya ialah seorang Melayu Islam. Soalan saya kepada Aspan Alias,

pernahkah DAP mengiktiraf orang Islam dan hak-hak istimewa orang Melayu?!

Jawapan basi pemimpin DAP pastinya mereka akan menjaga hak rakyat. Ini jawapan yang diulang-ulang sejak 20 tahun dahulu untuk menarik pengundi. Jika begitu,

mengapa ada konsep Malaysian Malaysia?! Mengapa perlu diwujudkan "cawangan Melayu" dalam DAP dan tidak pernah kita dengar "cawangan Cina" atau "cawangan India"?! Mengapa perlu dilakukan pengasingan sebegitu?!

Dalang peristiwa 13 Mei ialah DAP yang melakukan huru-hara dan pernahkah para pemimpin DAP meminta maaf dari perkara tersebut?! Sehingga ke hari ini para pemimpin DAP masih utuh menyatakan konsep ekonomi tanpa kroni tetapi perkara pokok yang tidak pernah dinyatakan ialah,

konsep monopoli ekonomi oleh suatu kaum dan menuju ke arah kapitalis!

Dalam pada itu, segala penipuan ditabur sehingga seorang manusia liberal seperti Aspan Alias telah memilih DAP. Dalam pada itu kita seharusnya berfikir juga, mengapa rundingan perlu dilakukan di antara Anthony Loke dan Aspan Alias sebelum Aspan Alias menyertai DAP. Ini pastinya perbincangan tawar-menawar antara satu sama lain dan sekiranya Aspan Alias ikhlas untuk menyertai DAP, pastinya tidak akan ada sebarang perbincangan. Ambil sahaja borang, isi dan hantar, kemudian lakukan pengumuman.

Ini strategi licik yang dimainkan oleh DAP untuk menarik orang-orang Melayu dan lain-lain dalam perangkap mereka. Mereka akan menarik lalang-lalang seperti Aspan Alias lalu ditaburkan segala kemewahan dan kemudiannya mereka mendapat habuan yang lebih besar iaitu kuasa. Jadi wahai orang Melayu Islam, jangan terpengaruh dengan sikap lalang-lalang ini kerana manusia hidup berdasarkan prinsip. Orang yang berprinsip itu mempunyai harga diri yang tinggi tetapi golongan lalang mempunyai maruah yang boleh dijual beli.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP