KAFIR HARBI MENGHINA HIMPUNAN SEJUTA UMAT. BANGSAT!

>> 31 October 2011


It is now crystal clear that the ruling BN/Umno Regime of Najib Razak is not only anti-Semitic but also anti-Christian. This Evil Muslim Regime is allowing Muslims to gather and demonstrate against peace loving and patriotic Malaysian Christians with false accusations of Muslims being converted into Christianity by Christians. This lie has been perpetrated by the Umno owned Utusan Malaysia, TV3 and Satanic Muslim Clerics like Perak Mufti Harussani Zakaria - pic above (this is the evil bastard who created a rumor that Muslims were being baptized in a Church in Ipoh when it was actually the First Holy Communion for children), the Malay Wannabe Chinese Muslim convert Ridhuan Tee Abdullah, pro-Umno politician Zulkifli Nordin and a host of other demonically inspired Muslims. Malaysian Deputy Prime Minister Muhydeen Yassin has also led the chorus for the anti apostasy law. Strangely, the Police have given a permit for this anti Christian Demonstration. The Scribe challenges the likes of Wong Chun Wai, Chua Soi Lek, Pairin Kitinggan, Koh Tsu Koon, Palanivel to speak up on this very dangerous situation which is back by the ruling BN/Umno Regime.

It appears that Islam is a failure as a religion if Muslims in a Muslim country like Malaysia can so easily renounce their faith. The Islamic rulers of Malaysia don't seem to realize that there are millions of Muslims in Malaysia and in other Muslim countries who have renounced Islam and have become Christians through a Baptism of DesireFor these Christians, they may look, sound and appear Muslim but their hearts are with Jesus Christ who is their Lord and Savior. People like Harussani Zakaria can only grind their teeth is despair but as you read this blog posting more Muslims are renouncing Islam around the world.

It is a shame that there are still Christian Malaysians who still support the Evil BN/Umno Regime. The non Muslim parties of the BN such as MCA, MIC, Gerakan, PRS, SUPP, PBDS, PBS, UPKO, PPP, LDP etc need to be shunned and rejected by Christians for their tacit approval of Umno's demonic persecution of Christians in Malaysia.




Di atas ini ialah petikan yang diambil dari sebuah blog anti Melayu, anti Islam dan pro kafir harbi yang menghina dan memperlekehkan Himpunan Sejuta Umat yang lepas. Kafir harbi ini mengeluarkan propoganda murahan dengan mengatakan Himpunan Sejuta Umat sebagai Himpunan Anti Kristian!

Tidak cukup dengan itu, orang-orang yang terlibat di dalam Himpunan Sejuta Umat digelar ejen syaitan dan UMNO/BN pula dipersalahkan. Nampaknya ejen kafir harbi ini semakin bebas bersuara sehinggakan Mufti Perak digelar syaitan!


Propoganda ini gagal dikesan oleh mana-mana blogger Islam lain jadi mungkin saya sebagai yang pertama menemuinya. Saya berpesan kepada semua, kafir harbi akan melakukan berbagai cara untuk meruntuhkan institusi pemerintahan Islam di Malaysia dan menjadi kewajipan kita untuk mempertahankannnya.

Saya menyarankan laporan polis dibuat ke atas individu seperti ini. Ternyatalah individu ini bukan Islam, Melayu dan amat menebal sekali sifat rasisnya dan sesiapa yang tidak sebulu dengannya akan digelar syaitan.

Read more...

MAKHLUK-MAKHLUK MISTIK YANG BERJAYA DIRAKAM

Read more...

DI MANA LETAKNYA TARAF BAHASA KEBANGSAAN DI KALANGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN BUKAN MELAYU?

>> 30 October 2011

Sila lihat video di bawah untuk melihat bagaimana pertuturan ahli parlimen berbangsa asing di negara luar.

1. Pansy Wong, New Zealand MP (bangsa cina)


2. Sevim Dagdelen, German (bangsa Turki)


3. Jean-Leonard Touadi, Italy (bangsa Congo)


Video di atas menerangkan kepetahan MP yang bukan berasal dari luar sebaliknya berasal dari golongan pendatang tetapi boleh bertutur bahasa kebangsaan dengan baik. Amat mengagumkan kepetahan mereka bercakap meskipun mereka juga mempunyai bahasa ibunda mereka tersendiri.

Tetapi di Malaysia pula, pemimpin-pemimpin sendiri masih gagal bertutur dalam bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan dengan baik. Perkara ini amat memalukan. Sila lihat pula tahap penguasaan bahasa kebangsaan MP Malaysia.


Inilah contoh MP yang gagal berbahasa kebangsaan. Pakai teks pun masih tunggang-langgang. Cuba dengar betul-betul pada permulaan video. "Supaya perdana menteri merangkak menteri kewangan". Bahasa mana yang dipelajari MP ini?

Mungkin ramai dikalangan kita menyangka MP yang gagal berbahasa kebangsaan boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Tetapi sebenarnya kenyataan itu meleset sama sekali. MP tidak boleh berbahasa kebangsaan juga sebenarnya menuturkan bahasa Inggeris dalam versi tunggang-langgang.


Masalah ini dilihat amat serius sama sekali. Patutkah mereka ini menggelarkan diri mereka rakyat Malaysia? Inikah sahaja tahap penguasaan mereka dalam bahasa kebangsaan? Tambah menghairankan mereka ini berpelajaran tinggi dan sepatutnya boleh menguasai dengan lebih baik dari golongan kelas bawahan dan menengah. 

Jika pemimpin pun masih gagal menguasai bahasa kebangsaan, rakyat pula di tahap mana? 

Read more...

SAMPAI BILA DATUK....?


Gambar di atas menerangkan insiden pergaduhan semasa pemilihan peringkat Bahagian UMNO Seremban yang lepas. Dalam sejarah UMNO Negeri Sembilan, edisi pemilihan inilah yang paling ganas sekali dengan dipenuhi aksi tumbuk menumbuk dan membaling kerusi di dewan semasa mesyuarat.

Saya sebagai penyokong utama parti Melayu amat kesal dengan perkara ini. Dimanakah budi bahasa kita sebagai orang Melayu dalam bersidang? Apakah sudah hilang segala ajaran datuk nenek kita selama ratusan tahun?

Peristiwa ini sebenarnya tidaklah berakhir di sini sahaja. Saya terus mencari dan mencari punca perbalahan dalaman yang amat kritikal ini. Dari sebelah sana dah dengar, sebelah sini pun dah dengar. Ini jawapan saya. Mungkin ada yang merasakan saya seorang yang "bias" dalam menilai pandangan kedua-dua pihak tetapi terpulanglah kepada masing-masing. Lagi pun, pandangan saya tidak semestinya benar.

Bagi saya, puncanya tidak lain dan tidak bukan dari pemimpin sendiri iaitu Ketua Bahagian UMNO Seremban iaitu Datuk Ishak Ismail. Dari mulut penyokongnya sendiri, cara berpolitik Datuk Ishak Ismail yang membuatkan keadaan UMNO Seremban berpuak-puak.

Sejarah sendiri telah menceritakan. Siapa sahaja MB Negeri Sembilan pastinya mempunyai krisis dengan Datuk Ishak Ismail. Sebelum ini, Datuk Ishak Ismail memulakan kempen untuk memburukkan reputasi Tan Sri Isa Samad semasa dalam jawatan MB. Kini, Tok Mat juga menerima serangan yang sedemikian rupa.

Di waktu ini saya terfikir, jika semua orang tak betul, maknanya diri sendirilah yang tak betul. Bukankah begitu? Bukan sahaja MB dan bekas MB, malah ramai lagi YB lain yang menerima serangan yang sedemikian rupa.

Apakah yang tidak cukup dinikmati Datuk Ishak? Jika hendak dikatakan tak pernah jadi YB, dah pegang Lenggeng dua penggal. Apa sebenarnya yang dikenhendakinya? Tidak cukup lagikah?

Saya bukannya membenci tapi saya cuma untuk menyatakan di sini "bukan cara Melayu untuk menjatuhkan rakan dengan cara sedemikian". Sampai bila kami sebagai penyokong parti Melayu harus menonton wayang  yang sedemikian yang dimainkan pemimpin? Sampai bila lagi Datuk?

Read more...

TAUKE IKAN VS MELAYU BERWAWASAN

>> 29 October 2011

Sebelum memulakan bicara, saya ingin menujukan sebuah lagu khas untuk para penyokong Terengganu.


Cuba dengar betul-betul lagu di atas. Maksud lagu di atas ialah Terengganu bakal kalah dalam perlawanan akhir Piala Malaysia. Wakakaka....

Kepada gang-gang Ganu seperti Melayu Berwawasan, Din Turtle, Lawyer Garang dan yang lain-lain, pastikan beli tisu banyak-banyak sebab nanti anda akan menangis kerana skuad anda akan tewas. Wakakaka... Kalau kalah Negeri Sembilan malam ini, 2 hari saya cuti buat blog.


HOBIN JANG HOBIN!

Read more...

PERENTAS MASA. SAINS ATAU MITOS?

>> 28 October 2011

Jika anda pernah menonton "Back to the Future", anda semestinya akan berkata bahawa perentas masa atau manusia yang boleh kembali ke masa depan atau ke masa silam adalah sekadar mitos. Tetapi gambar di bawah ini seolah-olah meyakinkan bahawa perentas masa sememangnya wujud.


Gambar ini dekeluarkan oleh Museum of Missouri. Gambar ini merakamkan peristiwa pembukaan jambatan South Fork yang runtuh semasa banjir yang berlaku pada tahun 1920. Jika diperhatikan secara jelas, terdapat seseorang yang di dalam gambar yang berpakaian melangkaui zaman itu.

Lelaki tersebut memakai baju yang yang dicetak hurufn "M" sedangkan baju yang dicetak hanya wujud selepas tahun 1960 dan pada zaman sebelum itu tulisan pada baju semuanya ditekat atau jahit.Tambahan pula, kaca mata hitam yang dipakai oleh lelaki tersebut amat moden jika hendak dibandingkan dengan kaca mata pada zaman tersebut.

Pada mulanya saya merasakan gambar ini dihasilkan dengan teknik photoshop tetapi terdapat satu artikel yang dikeluarkan oleh Museum of Missouri bahawa gambar ini adalah tulen. Siapakah lelaki ini?

Read more...

APAKAH PERSAMAAN ANWAR DAN HITLER?

Sila lihat kedua-dua video di bawah ini. Gaya ucapan mereka ini iaitu Anwar dan Hitler hampir sama. Setuju?


Read more...

KETAKSUBAN SEHINGGA MEMESONGKAN AGAMA. ASTAGFIRULLAH...

>> 27 October 2011


Malam tadi, seramai 100 orang mahasiswa (sebenarnya hanyalah 50 orang. MalaysiaKini menipu lagi) mengadakan demostrasi senyap dengan membawa lilin di UIA. Demonstrasi ini dinamakan demonstrasi senyap bagi membantah tindakan yang dikenakan terhadap Aziz Bari oleh UIA kerana mencampuri urusan politik.

Mahasiswa bangang ini membawa lilin mengikut budaya ala Kristian. Sememangnya telah pun diketahui dimana Majlis Fatwa Negara telah mengeluarkan fatwa bahawa hukum seorang Islam yang mengamalkan budaya kafir adalah haram. 


Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.
  2. Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam

Tetapi, PAS yang tersangatlah Islamnya di dunia ini menyokong pula tindakan mahasiswa-mahasiswa bangang ini.


Sepatutnya PAS yang konon-kononnya sangat Islam ini mendidik dan menegur mereka. Mungkin mahasiswa ini tidak tahu mengenai fatwa yang dikeluarkan majlis fatwa dan sepatutnya ulama PAS yang arif mengenai agama menegur tindakan mahasiswa ini. Ini sudah menjadi lain pula. PAS menyokong tindakan mereka ini atas nama politik dan "kebebasan bersuara" dan menolak fatwa yang dikeluarkan. 

Mungkin juga PAS sebenarnya tidaklah terlalu menitikberatkan hukum Islam kerana sebelum ini pemimpin mereka juga terlibat di dalam isu yang sama.


Islam bentuk apakah sebenarnya yang diamalkan oleh PAS? Mengapa semuanya dihalalkan atas nama parti politik?

Read more...

MENGAPALAH PEMIMPIN PAS TERLALU JUMUD...

>> 24 October 2011


KUALA LUMPUR, 24 Okt: Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno mesti memutuskan hubungan dengan Parti Komunis China, jika benar-benar ikhlas hendak melawan komunis.

“Beliau jangan membohongi rakyat dalam isu komunis,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, rakyat hendak mengetahui kenapa Umno sanggup mengadakan MoU dengan Parti Komunis China pada 5 Ogos 2010.

Ini, ujarnya bukan hubungan parti dengan kerajaan, tetapi hubungan antara parti dengan parti.

Tambahnya, lebih merbahaya lagi Umno bersetuju untuk menghantar pemuda dan puteri untuk belajar dengan Parti Komunis China.

Ini, jelasnya bererti Umno merosakkan generasi muda dalam Umno untuk belajar cara Parti Komunis China bergerak.

Katanya, jika Najib enggan memutuskan hubungan dengan Parti Komunis China, sah beliau seorang pemimpin talam dua muka.

“Beliau hanya bersemangat menghentam perjuangan komunis di hadapan bekas anggota polis, tetapi dalam masa yang sama beliau berasmara dengan Parti Komunis China,” ujarnya.

Soal beliau, apakah komunis China menggunakan kitab lain daripada komunis Malaya.

“Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China?

“Kenapa tidak putuskan dengan bapa yang menjadi penaung kepada Parti Komunis Malaya?” tanya beliau lagi.

Justeru, katanya PAS menganggap kedua-duanya sama-sama merbahaya kepada negara dan agama.



Kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang pemimpin PAS yang mendapat gelaran ustaz. Ssesungguhnya kita tertanya-tanya mengapakah seorang pemimpin boleh mengeluarkan kenyataan yang begitu bodoh sekali.

Kebodohan pemimpin PAS ini berkemungkinan boleh mengakibatkan krisis diplomatik antarabangsa kerana pemimpin PAS ini menggesa agar Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan negara China.

Apa yang menghairankan, dari manakah Idris Ahmad mempelajari sistem diplomatik antara negara yang boleh membuatnya mengeluarkan kenyataan seperti ini?

Amatlah tidak munasabah sama sekali sesebuah negara itu terus memutuskan hubungan diplomatik hanya kerana perbezaan ideologi. Jika begitu, pemikiran Idris Ahmad hanyalah sekadar bertakuk di zaman Soviet Union dan negara bersekutu dimana negara-negara dipisahkan melalui blok hanya kerana perbezaan ideologi.

Idris Ahmad ini bolehlah dikategorikan sebagai kurang siuman dan sebaris dengan Anwar Ibrahim kerana isu yang dibincangkan semasa ini ialah Mat Indera bukannya pejuang kemerdekaan kerana menyokong komunis, bukannya mengapa Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara komunis.

Sangat menghairankan juga kerana berita sampah seperti ini boleh dimuatkan di dalam akhbar Haprakah dan mendapat sambutan di kalangan pengikut khawarij PAS.

Read more...

HASTA LA VISTA GUAN ENG!


Serdang, 22 Okt- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sudah menjadi kecenderungan parti pembangkang untuk meletakkan semua kesalahan ke atas UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Beliau merujuk kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang menyalahkan penulis blog pro-UMNO yang mendakwa anak lelakinya itu mencabul kehormatan seorang rakan pelajar wanita berusia 16 tahun dan cuba melepaskan diri dari hukuman.
“Jangan salahkan sesiapa. Bagaimanapun, ia menjadi kecenderungan pembangkang dan Pakatan. Apabila mereka ada masalah sendiri, mereka mula menyalahkan UMNO.
“Bagaimanapun sekiranya ada kesalahan, kita perlu mencari apa punca utama,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin BN Selangor di sini hari ini.
Muhyiddin juga meminta Guan Eng membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar.
Kenyataan di atas dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada semalam. Sila lihat kembali kenyataan ini dengan baik.
Muhyiddin juga meminta Guan Eng membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar.
Lalu, Guan Eng yang tersepit pula lantas mengeluarkan kenyataan lidah biawaknya yang sememangnya menjadi amalan keluarganya sejak zaman berzaman.
I am appalled and disgusted by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin’s remarks that my mere denial of sexual harassment claims against my 16-year old son was inadequate. Instead, Muhyiddin says that “if the Penang chief minister thinks it is important to correct the information, then he has to come up with a strong statement.”
Di waktu ini, Lim Guan Eng memusing kenyataan Muhyiddin Yassin untuk dijadikan modal mempertahankan diri. Tetapi sayangnya, modal ini makan tuan kerana tidak sampai selama satu jam Guan Eng mengeluarkan kenyataan ini, ianya telah pun dikantoikan oleh blogger pro kerajaan.


Sehingga kini, Lim Guan Eng masih tidak mahu mengambil tindakan yang sepatutnya dengan membuat laporan terhadap polis. Tambah menghairankan, sekiranya berita ini fitnah, Lim Guan Eng sepatutnya bersyukur kerana diberikan satu peluru untuk menembak UMNO kembali.


Tetapi, Lim Guan Eng pula memlilih jalan untuk merayu-rayu supaya anaknya dilepaskan. Maka, cerita yang lebih jelasnya, Lim Guan Eng sememangnya terlibat di dalam isu ini kerana memilih jalan yang akan dilakukan oleh seorang pesalah.


Telah banyak bukti yang dikeluarkan oleh blogger pro kerajaan tetapi sehingga ke hari ini, media penjilat Lim Guan Eng iaitu MalaysiaKini hanya mampu membuktikan satu sahaja iaitu gambar Anya Corke bukanlah gambar sebenar mangsa yang diraba dan blogger pro kerajaan juga bersetuju dengan perkara ini. Manakala segala dakwaan blogger pro kerajaan masih gagal ditangkis oleh CM lidah biawak ini.


Sangat menghairankan kerana Lim Guan Eng sentiasa menunggu masa untuk menyaman UMNO dalam sesuatu isu tetapi sehingga ke hari ini, mengapa tiada langsung perkataan saman yang terkeluar dari mulut Lim Guan Eng. Hmm...



Read more...

YOU ARE DEAD TERESA KOK!

Sebelum ini, blog ini pernah menyiarkan tentang kebiadapan Teresa Kok dalam mencampuri urusan agama Islam dengan menyiarkan sebuah video klip yang mempertikaikan syariat Islam. Sila baca penghinaan Teresa terhadap agama islam.

Hari ini pula, blogger mykmu telah mendedahkan video kontroversi itu telah dimuat naik semula oleh seseorang.


Video ini sebenarnya telah pun dimuat turun oleh saya semasa saya memaparkan artikel yang mula-mula dahulu. Tetapi kemudiannya, tangan-tangan kotor mencampuri urusan ini dengan membuang video ini dari youtube.

Saya tidaklah terlalu mengambil kisah dengan tindakan tangan-tangan kotor tersebut yang membuang video ini dari youtube kerana saya telah pun muat turun video tersebut dan bercadang akan mendedahkan video tersebut dalam beberapa hari lagi.

Tetapi 5 hari lepas, video ini dimuat naik kembali. Video ini diubah sedikit tajuknya tetapi kandungannya masih sama. Jangka masa video juga ialah 2.27. Siapakah orang yang memuat naik video ini? Siapakah identiti manusia bangsat yang menghasilkan video mempertikaikan syariat Islam ini? Identiti manusia bangsat itu ialah seseorang yang menggelarkan dirinya MuslimWomenSpeak.


Saya menyeru Teresa Kok dan manusia yang menggelarkan dirinya MuslimWomenSpeak memberi penjelasan dalam menyiarkan video ini. Saya percaya sekiranya Teresa Kok dan MuslimWomenSpeak gagal melakukan apa-apa penjelasan, krisis agama di Malaysia akan lebih meruncing.

Seharusnya umat Islam di seluruh Malaysia memulaukan kafir harbi seperti Teresa Kok ini kerana melakukan penghinaan yang sebegini rupa terhadap agama Islam.

Read more...

BALIK-BALIK PAPAGOMO. BERITA SERKAP JARANG

>> 23 October 2011


Semertinya kita tertanya-tanya mengenai sikap blogger pembangkang yang gemar menyiarkan fitnah sesama manusia. Hari ini, Papagomo pula menerima fintah ke atas perkara yang tidak pernah dilakukannya.

Sebuah blogger pembangkang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap Papagomo. Berita fitnah ini sememangnya diketahui sendiri oleh para blogger pro BN bahawa ianya hanyalah sekadar fitnah sahaja.



Tak cukup dengan fitnah atas anak Guan Eng, Papagomo fitnah Guan Eng juga dengan mengatakan bahawa Guan Eng bayar 200 ribu untuk tutup kes, Papagomo juga fitnah arwah Ahmad Sarbani dengan mengatakan pegawai kastam itu bunuh diri sebab ada ambil rasuah, tahniah kepada blogger umno yang sentiasa menghangatkan suasana dengan berita yang akan menambah kebencian rakyat kepada kamu dan umno.
Sememangnya diketahui, Papagomo bukanlah orang yang mula-mula sekali menyebarkan berita 3R (raba, ramas dan rasuah) kerana orang pertama yang memaparkan berita tersebut ialah Dr. MiM. Manakala, MalaysiaKini yang mengakui bahawa Lim Guan Eng yang bertanggung jawab dalam skandal 3R kerana MalaysiaKini yang menemuramah Lim Guan Eng sendiri, bukannya Papagomo. Papagomo di dalam hal ini hanyalah seorang blogger yang membuat liputan sahaja seperti blogger-blogger lain.

Mengenai isu Ahmad Sarbani pula, sememangnya diketahui bahawa Papagomo tidak pernah membuat liputan secara serius. Jadi, bagaimana pula blogger pro pembangkang ini mempunyai maklumat mengatakan Papagomo memfitnah Ahmad Sarbaini?

Sungguh kejam cara pembangkang menabur fitnah kepada orang lain. Pembangkang sedar di dalam keadaan mereka yang terdesak, mereka akan menggunakan apa sahaja cara untuk menjatuhkan lawannya walaupun dengan cara fitnah.

Sebenarnya, budaya fitnah telah pun menjadi darah daging pembangkang kerana lidah-lidah akhbar mereka sendiri juga sentiasa menyatakan berita fitnah dan setelah dibuktikan mengenai perbuatan fitnah mereka, mereka ini tidak pula mahu meminta maaf sebaliknya terus menyebarkan fitnah tersebut.


Read more...

MALAYSIAKINI MENYERANG ROSMAH! MODAL MENGHASUT KAUM CINA!

>> 22 October 2011


Ini ialah tajuk berita yang dikeluarkan oleh MalaysiaKini versi bahasa cina. Berita ini mengisahkan seorang wakil DAP yang mempersoalkan cara hidup Rosmah yang mewah yang mempunyai 11 beg tangan yang berbeza.

Berita menghasut ini tidak didapati dalam versi bahasa selain bahasa cina. Kebiadapan MalaysiaKini menyerang peribadi seseorang mula dipertikaikan.

Sebelum ini, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan mengapa perlu mengheret anaknya ke dalam kancah politik? Di waktu ini, mengapa pula MalaysiaKini mengheret isteri PM ke kancah politik? Ini bukti sikap cakap tidak serupa bikin Lim Guan Eng dan para Gestapo penyebar fitnah DAP.

Portal rasis MalaysiaKini semakin kurang ajar dengan menyiarkan berita ini hanya dalam bahasa cina sahaja. Tujuan MalaysiaKini tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menghasut kaum cina membenci PM dan keluarganya. Hasutan ini sangat melampau kerana menjejaskan reputasi seseorang.

Sebelum itu, wakil DAP yang tidak perlulah disebut namanya yang mempersoalkan perkara ini harus sedar. Sebelum dia mempertikaikan cara hidup orang lain, sila pertikaikan cara hidup wakil rakyat DAP yang dilihat lebih mewah dari mana-mana wakil rakyat BN.

Pernahkah wakil DAP dan MalaysiaKini bertanya mengenai gaya hidup mewah Teresa Kok pula? Lihat gambar ini. Kesemuanya di tempat pelancongan luar negara.




Pernahkah MalaysiaKini dan wakil DAP bertanya mengenai gambar ini? Sikap golongan rasis ini memang keterlaluan. Gajah di hadapan mata dibuat-buat tidak nampak manakala semut diseberang laut akan dicari sampai nampak.

ps: ni belum lagi cerita azmin ali ada kereta ferrari. anwar ibrahim yang tak kerja tu pun ada kereta merc.

Read more...

BUKTI ISLAM ITU AGAMA YANG BENAR. BERSATULAH WAHAI UMAT ISLAM


Apa kafir harbi akan komen mengenai video ini? Dan yang terpentingnya, apakah umat Islam di Malaysia ini masih tidak yakin dengan kebenaran Islam?


Bersatulah seluruh umat Islam di Malaysia. Tumbangkanlah segala anasir perosak akidah ummah.

Read more...

HIMPUNAN SEJUTA UMAT: ISLAM BAGAIMANA PAS PERJUANGKAN?

>> 21 October 2011


Esok pada pukul 2 petang, akan diadakan perhimpunan sejuta umat yang bertujuan menetang gejala murtad yang dibawa oleh segelintir ahli masyarakat. PAS telah mengeluarkan kenyataan untuk tidak serta sebaliknya dikhabarkan akan ada segelintir pemimpin PAS yang akan ingkar dengan arahan pucuk pimpinan parti.
\
Di sini, cuma perlu difikirkan secara rasional. Apakah PAS yang konon-kononnya selama ini mendokong nama Islam tidak sedar akan permasalahan ini? Semestinya kita sebagai umat Islam agak terkilan dengan pandangan sempit pucuk pimpinan parti PAS yang menghalang ahlinya menghadiri majlis ini atas nama parti politik.

Sayang seribu kali sayang, ahli PAS lebih sudi menghadiri perhimpunan menyelamatkan karier seorang manusia yang mengeluarkan kenyataan biadap terhadap sultan dalam isu murtad.


Tambah dikesalkan, ahli PAS sanggup bertempur dengan polis semasa demonstrasi haram Bersih 2.0 walaupun mereka sedar bahawa pemimpin perhimpunan haram itu ialah seorang kafir yang memperjuangkan murtad iaitu Ambiga. Persoalannya disini, di tahap manakah sebenarnya ahli PAS meletakkan nama Islam dalam perjuangan? Adakah sekadar bentuk pakaian atau pun sekadar nama?

Jihad menentang murtad itu wajib. Tetapi jihad ini tidak disokong PAS. Jadi, jihad yang bagaimana disokong PAS? Mungkinkah mereka sudah lupa dengan perjuangan mereka menetang murtad suatu masa dahulu? Jika terlupa, saksikan video ini sebagai peringatan kepada kita sesama Islam.


Apakah ahli PAS sudah lupa akan perkara ini?

Read more...

ISU RAMAS: MALAYSIAKINI PUN PENING?


Semalam MalaysiaKini telah masuk ke perangkap blogger pro UMNO. Sememangnya gambar yang dipaparkan oleh Dr. MiM di blognya telah pun diakui hanyalah sebagai "dummy".

Hari ini, MalaysiaKini masih menggunakan gambar yang sama untuk mempromosikan berita sampah mereka. Untuk pengetahuan anda, gambar ini ialah gambar Anya Corke, seorang pemain catur dari Hong Kong.

Semestinya kita tertanya-tanya, apakah yang tujuan sebenar MalaysiaKini menyiarkan gambar Anya Corke walaupun semua pembaca telah pun tahu gambar ini hanya sebagai "dummy"?

Read more...

BARUA ANTI MELAYU DI INTERNET


Gambar di atas ialah sebuah laman web yang menggelarkan diri mereka Anti Malay Club yang dipelopori oleh  rakyat Malaysia sendiri. Komen-komen dari laman web ini yang diulas oleh para pelayar amat menyakitkan hati. Mereka ini sesuka hati mencerca dan menghina kaum Melayu.



Kebiadapan kaum lain terhadap kaum Melayu dilihat semakin hari semakin melampau. Sudah tentu sekiranya anda yang berbangsa Melayu yang membaca artikel ini juga akan berasa marah dengan kebiadapan kaum-kaum ini.

Orang Melayu di waktu ini seolah-olah seperti hilang tempat bergantung. Kepada siapakah seharusnya kita mahu mengadukan perkara ini? Sekiranya aduan dibuat, tiada tindakan akan diambil oleh pihak-pihak berwajib dalam perkara seperti ini.

Lihat sahaja seperti isu yang melibatkan si haramjadah dari Ipoh yang mengeluarkan video klip menghina Islam dan Melayu. Adakah si haramjadah ini pernah dikenakan apa-apa tindakan?

Jika pemimpin Melayu sendiri gagal untuk menjaga dan melindungi kaumnya sendiri, jadi kepada siapa kami harus bergantung? Kepada pemimpin rasis DAP? Kepada MCA dan MIC? Silalah jawab wahai para pemimpin Melayu.

Semakin orang Melayu bertolak ansur, semakin banyak orang Melayu ditindas dan dihina. Sekiranya hari ini kita menerima nasib yang seperti ini, bagaimana pula dengan nasib anak-anak kita di masa hadapan?

Read more...

TARAF KAUM INDIA DI MATA PEMIMPIN DAP


Pemimpin DAP dilihat semakin biadap dan tidak menghormati sensitiviti kaum lain. Selepas para pemimpin DAP menghina Islam dan Melayu secara terang-terangan, kini mereka menghina kaum India pula dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya.

Perkara ini amat dikesali kerana DAP mencanangkan bahawa parti mereka untuk semua tetapi sebaliknya slogan itu hanyalah topeng untuk melindungi sikap rasis mereka. Ternyalah parti itu hanya untuk satu kaum sahaja dan kaum lain di mata para pemimpin DAP amatlah hina tarafnya.

Sila baca artikel penuh di sini.

Read more...

INFO: LAGU P RAMLEE YANG DIBERI NAFAS BARU PENYANYI AMERIKA

>> 20 October 2011

Lagu ini dinyanyikan oleh Lobo pada 1995 - Whisper in the Wind


Ini pula lagu versi asal yang dinyanyikan oleh Tan Sri P Ramlee pada 1954 - Getaran Jiwa


Seorang anak Melayu yang sangat berbakat...

Read more...

JAWAPAN AHLI PAS MENGENAI HIMPUNAN SEJUTA UMAT. ASTAGFIRULLAH...





ps: Orang yang gagal sentiasa memberikan alasan...

Read more...

PANDANGAN BEKAS AHLI DAP MELAYU MASUK UMNO

Read more...

AZIZ BARI: DIPERANGKAP ATAU TERPERANGKAP?

>> 19 October 2011


Aziz Bari seringkali mengeluarkan kenyataan yang berpihak kepada pembangkang. Dahulunya Aziz Bari mengeluarkan kenyataan menyokong perhimpunan Bersih 2.0 dan kini pula Aziz Bari mengeluarkan kenyataan menghina sultan.

Aziz Bari seharusnya sedar dengan kedudukan dirinya sebagai seorang penjawat awam di UIA. Gajinya dibayar kerajaan dan sekiranya Aziz Bari ingin mengeluarkan apa-apa kenyataan berbaur politik, Aziz Bari perlu meninggalkan kerjayanya sebagai pensyarah di UIA.

Kebiadapan Aziz Bari ini telah menarik perhatian Zulkifli Nordin untuk berdebat mengenai isu kebiadapan terhadap sultan ini tetapi dengan bersyarat Aziz Bari perlu meminta maaf dahulu. Aziz Bari pula mengeluarkan kenyataan lain yang mempersoalkan kenapa perlu meminta maaf untuk berdebat?

Sudahlah biadap, tidak mahu meminta maaf pula. Berdasarkan sikap Aziz Bari ini, dapat dilihat belang sebenar Aziz Bari yang sememangnya penyokong tegar pembangkang. Akhirnya Aziz Bari sudah terikat dengan permainan Zulkifli Nordin. Kerjayanya di UIA mula dipertikaikan banyak pihak.

Mahu atau tidak mahu menyahut cabaran Zulkifli Nordin, Aziz Bari pastinya akan meninggalkan kerjayanya di UIA. Keceluparan mulutnya menunjukkan Aziz Bari lebih minat berpolitik menyokong pembangkang dari bekerja sebagai pensyarah. Di sini, Zulkifli Nordin sudah pun menang secara moral. Belum pun berdebat, Aziz Bari pasti akan kehilangan kerjayanya.

Di waktu ini, cuba anda bertanya. Adakah Aziz Bari berjaya memerangkap Zulkifli Nordin atau pun Aziz Bari terperangkap dengan sikap egonya sendiri?

Read more...

KE MANA TUMPAHNYA KUAH JIKA TIDAK KE...






Like father, like son..... and sure with grandson. Muahahaha....

Read more...

BUKTI PSM MENDOKONG FAHAMAN KOMUNIS!

PSM atau pun Pati Sosialis Malaysia sedang giat menjalankan penyebaran ideologi mereka di kalangan rakyat Malaysia. Usaha mereka dilihat amat gigih sekali dan turut didokong oleh beberapa golongan profesional.

Samada sedar atau tidak, penyebaran fahaman ini dilihat semakin menular ke segenap lapisan masyarakat. PSM menggunakan satu daripada medium komunikasi yang penting dalam penyebaran ini iaitu buku.



Buku yang ditulis oleh Mike Gonzalez ini dipromosikan di laman web PSM. Siapakah Mike Gonzalez?

Mike Gonzalez ialah seorang penulis dan ahli sejarah British yang mendokong fahaman sosialis. Antara hasil penulisannya yang paling berjaya ialah sebuah buku bertajuk Cuba, Castro and Socialism. Mike Gozalez juga terlibat di dalam peristiwa revolusi Cuba 1959. Banyak hasil tulisannya yang diharamkan oleh kerajaan Scotland kerana berpandukan kepada fahaman sosialis.

Buku di atas menerangkan mengenai asal usul sosialis yang beranak-pinak dari fahaman komunis yang dihasilkan oleh Karl Marx. 

Jadi, sudah sampai masanya kerajaan mengambil tindakan kepada PSM kerana penyebaran fahaman ini amat merbahayakan institusi kerajaan dan perlembagaan negara.

Read more...

LIM GUAN ENG MENIPU SEBAB ANAKNYA PINDAH SEKOLAH!

Mari kita lihat kembali kenyataan Lim Guan Eng sebab anaknya tukar sekolah.

"My wife and I are furious that pro-UMNO blogs and some UMNO leaders have made or perpetuated false allegations against my young son of criminal wrongdoing. My family and I deplore these lies and fabrications against my young son as morally despicable and barbaric. UMNO should act against those trying to wreck the life of my young son with cruel and barbaric lies just to finish me off politically to prove that UMNO is not a 3D party that employs desperate, dangerous and dirty tactics just to cling on and retain power at any cost.

My son had transferred to St Xavier Institution in Penang from Sekolah Menengah Kebangsaan Cina Heng Yee because I had promised him that he could transfer to the school of his choice if he scored at least 6As in his PMR. When he achieved that, he was transferred at the beginning of the school term this year in January 2011. My son wanted to go to St Xavier because he did not want to have his hair crew-cut as is required for Heng Yee students but wanted to keep his hair longer."
Sila lihat gambar yang diambil dari website St. Xavier Institution.

Di dalam gambar ini, tiada satu pun pelajar lelaki di sekolah ini berambut panjang. Jadi, bagaimana Lim Guan Eng menyatakan di sekolah ini pelajar dibenarkan berambut panjang?
Dan fakta yang terpenting, St. Xavier Institution ialah sebuah sekolah menengah kebangsaan. Nama lain St. Xavier Institution ialah Sekolah Menengah Kebangsaan St. Xavier. Sila lihat sini untuk bukti.
Apabila bercakap mengenai sekolah kebangsaan, undang-undang semuanya sama ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Adalah menipu jika mengatakan pelajar sekolah menengah kebangsaan boleh berambut panjang kerana semua peraturan sekolah menengah kebangsaan adalah sama. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1976)
Jadi, Lim Guan Eng penipu besar jika mengatakan anaknya menukar sekolah kerana di St. Xavier kerana anaknya dibenarkan berambut panjang.

ps: sorilah Guan Eng, dulu aku cikgu sekolah. Orang lain lu boleh kelentong tapi lu tak boleh kelentong gua.

Read more...

HIMPUNAN SEJUTA UMAT: MEMANG PAS SOKONG MURTAD!


PAS telah pun menyatakan pendirian mereka untuk tidak menyertai himpunan sejuta umat nanti. Ini secara tidak langsung menunjukkan mereka lebih sayangkan DAP dari agama sendiri.

Pendirian PAS ini amat mengejutkan. Selama ini ahli PAS menggelarkan parti PAS sebagai parti Islam tetapi hari ini segala penipuan mereka dibongkarkan.

Lihat kenyataan Dr Rani ini,

Kelmarin, Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abd Rani Osman berkata, biarpun Kristianisasi adalah satu ancaman, namun ancaman lebih besar yang sedang merosakkan akidah majoriti rakyat di negara ini adalah doktrinasi fahaman perkauman, sekularisme dan materialisme.


Selama ini PAS melaungkan mereka akan mendahulukan agama daripada semua perkara. Tetapi hari ini mereka melaungkan kuasa lebih penting dari agama. PAS menyatakan masalah perkauman lebih penting dari masalah murtad sedangkan suatu masa dahulu Nik Aziz menyatakan dia berasa malu menjadi Melayu.


Akhirnya, terpampang sudah di mata kita akidah dan pegangan orang PAS.





Read more...

ISU RAMAS: LKS MULA PUSING CERITA.


Datuk kepada pelajar hamsap mula memainkan cerita tipu versi DAP. Lihat di akhir kenyataan di dalam gambar di atas. 

"My grandson nvr met saw or knew girl, alleged 2b victim. Could not have cos she is not even from Penang. @n_izzah Fitnah wajib ditolak #fb"


Ini tidak kurang juga dari si bapa yang meminta Najib dan Muhyiddin menghentikan serangan yang dilakukan blogger pro BN ke atas anaknya. Sorilah Lim Guan Eng, kami bukan bekerja untuk Najib dan Muhyiddin pun. Jadi, Najib dan Muhyiddin tiada hak untuk suruh kami berhenti. Kami para blogger kebanyakkannya bekerja tanpa gaji, bukannya macam blogger pro DAP di MalaysiaKini. Jadi, suka hati kamilah nak tulis apa pun!

Read more...

PANAS! VIDEO PROMO ANWAR MAKAN TUAN!

>> 18 October 2011

Ooooooooo.... Anwar cakap dia tak boleh bongkok ye? Mau tipu ka? Video di bawah ialah lakonan sendiri Anwar Ibrahim pada beberapa bulan lepas. Selepas mengkaji video ini, dapat dilihat beberapa aksi Anwar Ibrahim yang boleh membongkokkan badan dengan baik. Sila lihat video di bawah dan perhatikan dengan baik pada minit ke 2.37 dan 2.56.


Akhirnya, video yang dihasilkan oleh Anwar sendiri makan tuan. Muahahahaha....

Read more...

CHEGU BARD MULA MENYEBARKAN RISALAH FITNAH

>> 17 October 2011


Chegu Bard telah mula mengeluarkan risalah fitnah terhadap Datin Seri Rosmah Mansur. Buku yang dihasilkan oleh SAMM di bawah kepimpinan Chegu Bard telah pun diedarkan di khalayak ramai sejak beberapa hari lepas.

Saya cuma ingin menegur sikap Datin Seri Rosmah yang berdiam diri dalam hal ini. Chegu Bard masih tidak mampu untuk mengajukan bukti yang menunjukkan Datin Seri Rosmah memiliki cincin tersebut. Malah blogger Apanama telah membuktikan cincin tersebut bukan milik Datin Seri Rosmah.

Sekiranya Datin Seri Rosmah masih berdiam diri, maka akan bermaharajalelalah para pemfitnah seperti Chegu Bard ini. Seharusnya Chegu Bard diambil tindakan untuk membersihkan nama sendiri. Tindakan saman akan terus melenyapkan lalat-lalat dalam Pakatan Rakyat ini.

Ingat, keadilan tidak akan dapat ditegakkan tanpa tindakan!

Read more...

THIS IS THE ANSWER FOR SISTERS IN ISLAM

Zakir Naik ialah ulama tersohor dari India. Beliau pernah berdebat dengan paderi dari Amerika mengenai isu Islam. Beliau dilihat sangat zuhud dalam berbicara dan kelakuan. Kehebatan beliau yang sukar ditandingi oleh umat Islam yang lain. Antara kebolehannya ialah mengislamkan seorang kafir yang mempertikaikan hukum agama Islam pada satu persidangan Islam di Eropah.

Sisters in Islam gemar untuk mempertikaikan mengenai hukum suami berkahwin empat. Malah mereka tanpa segan silu membawa sepanduk "one husband, one wife" semasa perhimpunan hari wanita dunia pada bulan Mac yang lepas.

Persoalannya yang sebenarnya, adakah Sisters in Islam mempunyai ilmu yang cukup untuk menafikan satu syariat yang diturunkan Allah kepada manusia? Sila lihat video di bawah untuk melihat jawapan yang sangat bernas dan bermaklumat dari seorang hamba Allah yang tidak cantik penampilannya tetapi sangat bijaksana.


Fakta yang dihuraikan oleh Zakir Naik mengenai populasi adalah benar. Nisbah lelaki dan wanita di Amerika ialah 0.97 : 1. (sumber: wikipedia)

Jadi, tidak perlulah Sisters in Islam masih mahu mempertikaikan poligami. Lagi satu, Islam itu agama yang diturunkan Allah. Sekiranya agama Islam itu boleh diubah-ubah mengikut citarasa manusia, maka itu bukanlah Islam sebaliknya ianya agama budaya.

Read more...

PAS SUDAH MULA MENABUR JANJI. DENGAR BOLEH, PERCAYA JANGAN

>> 16 October 2011


Berapa banyak janji da... PAS Terengganu sudah mula menabur janji sana sini sebagai senjata PRU nanti. Tetapi barang sesiapa yang mempercayai janji tersebut, memang bodohlah jawabnya.

Masihkah kita ingat lagi dengan janji-janji PAS semasa PRU lalu? Selama ini yang berjaya dilaksanakan boleh dibilang dengan jari sahaja.

Setakat ini sudah berapa banyak janji yang diberikan Pakatan Rakyat? Buku Jingga, harga minyak, elaun sana sini, belanjawan PR.... bla bla bla....ZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzz......

Yang menjadi persoalannya, mengapa terlalu mudah untuk Pakatan Rakyat menabur janji?Bukankah mereka sendiri sedar betapa susahnya untuk menunaikan segala janji tersebut?

Adakah Pakatan Rakyat sebenarnya serius dalam berpolitik atau pun mereka hanya sekadar mempermainkan rakyat?

Tidak perlulah untuk diulas dengan panjang lebar disini tetapi ingatlah dengan satu hadis. Salah satu sifat orang munafik ialah apabila berjanji mereka mungkari.

Read more...

AWAS! MALAYSIAKINI MENYEBAR FAHAMAN SOSIALISME!

>> 15 October 2011


Malaysiakini sedang giat menyebarkan fahaman sosialisme di kalangan masyarakat cina. Ini kerana terdapat sebuah iklan di laman web Malaysiakini yang mempromosikan sebuah web milik PSM.

Fahaman ini disebarkan hanya dikalangan masyarakat cina kerana iklan ini hanya boleh didapati di portal Malaysiakini versi bahasa cina. Iklan ini tidak akan didapati di portal versi bahasa melayu, tamil dan inggeris.

Sememangnya Malaysiakini menyasarkan masyarakat cina untuk menyebarkan idea sosialisme kerana sememangnya diketahui hanya masyarakat cina sahaja yang akan membuka portal berita berbahasa cina dan kaum lain yang mampu bertutur dalam bahasa cina amatlah sedikit bilangannya.

Kesempatan ini digunakan oleh Malaysiakini untuk menyebarkan fahaman yang beranak-pinak dari fahaman komunis ini di web Malaysiakini. Lihat gambar di atas iaitu bukti yang menunjukkan Malaysiakini menyebarkan fahaman sosialis.

Read more...

ZULKIFLI NORDIN BOGELKAN ANWAR DAN KARPAL

Read more...

MUDAHNYA MENJADI USTAZ PAS...

>> 14 October 2011


Bob Lokman sudah pun diangkat martabatnya sebagai ustaz oleh para pengikut khawarij. Masalahnya, siapa yang memberikan tauliah untuk mengangkat Bob Lokman sebagai ustaz? Bagaimana pula dengan ahli PAS yang sudah 20 tahun menganuti agama PAS? Adakah mereka ini juga diangkat sebagai ustaz?

Bob oh Bob... Tuhan memberikan akal supaya kamu berfikir. PAS hanya parti politik, bukannya agama.

Dan lagi satu, kebanyakkan ustaz tauliah PAS ini mempunyai perangai dan tabiat yang buruk berbanding ustaz lain.


Inikah standard seorang ustaz yang dihasilkan PAS?

Read more...

PAS PENYELAMAT MELAYU ISLAM? PIGIDAH...!


PAS mencanangkan bahawa mereka sebagai penyelamat umat Islam di Malaysia. PAS juga mengatakan UMNO sendiri tidak mampu untuk menyelamatkan umat Islam Malaysia.

Ini sebenarnya cara berkempen orang yang terdesak. PAS sudah mula mengeluarkan artikel-artikel murahan seperti ini dengan harapan PAS dapat mengembalikan undi mereka yang sangat menyebelahi BN pada waktu ini.

Perlu diingatkan kepada umat Islam yang membaca artikel PAS ini, PAS sebenarnya akan sentiasa tunduk kepada segala keputusan yang dilakukan kepada DAP

Lihat apa sahaja isu berkaitan agama yang dibawa PAS. Isu hudud, penjualan arak dan lesen pusat hiburan di Kedah. Semua keputusan dibuat oleh DAP. Bagaimana umat Islam harus mempercayai PAS sedangkan PAS sendiri hanya sekadar ejen untuk kafir harbi DAP?

PAS sendiri banyak menemui kegagalan dalam mempertahankan nasib umat Islam. Lihat sahaja di Pulau Pinang. Apakah yang dilakukan PAS sedangkan Lim Guan Eng dan para Gestapo belaannya sedang bergembira memijak umat Islam di negeri itu?

Ini belum lagi masuk bab Kelantan dimana selama 20 tahun memerintah, PAS lebih gemar mendirikan tokong daripada masjid. Jadi, cara yang bagaimana yang dikatakan PAS bahawa mereka ialah penyelamat agama?

Kesimpulannya, PAS langsung tidak layak menggantikan UMNO!

Read more...

TERESA KOK MENGHINA ISLAM SECARA HALUS! BANGSAT!

Kebiadapan Teresa Kok terhadap umat Islam semakin melampau. Mula-mulanya mengenai isu si kafir harbi ini memakai kasut di dalam masjid. Kemudiannya isu yang akan saya ketengahkan ini.

Gambar di bawah menunjukkan satu video klip yang ada di dalam blog Teresa Kok.


Video ini menunjukkan sebuah dokumentari menghasut membenci Islam. Video ini menunjukkan bagaimana perempuan Islam ditindas dengan mengatakan lelaki Islam boleh berkahwin empat dan mempertikaikan syariat-syariat yang diturunkan Allah ke atas manusia. Sila lihat video di bawah.



Saya ingin bertanya beberapa soalan kepada kafir harbi Teresa Kok.

1. Apakah tujuan Teresa Kok untuk menayangkan video tersebut di blognya?

2. Apakah layak Teresa Kok untuk mempertikaikan hukum agama Islam?

3. Apakah Teresa Kok benar-benar faham mengenai hukum Islam atau sekadar dengar-dengar cerita orang?

Teresa Kok langsung tidak layak untuk mempertikaikan dan menayangkan video mengenai Islam di blognya kerana dia bukan seorang Islam!

Siapa Teresa Kok merasakan dirinya layak untuk bercakap mengenai isu poligami dalam Islam? Adakah Teresa Kok seorang ulama yang dilantik PAS? Inilah yang dikatakan sikap kurang ajar! Dalam kata lainnya, inilah namanya menghina!

Apakah perasaan Teresa Kok sekiranya umat Islam di Malaysia ini mempertikaikan hukum agama Kristian yang dianutinya? Saya percaya sekiranya perkara itu dilakukan, DAP atau pun PARTI KAFIR HARBI akan terpekik-pekik satu malaya mengatakan UMNO itu rasis tetapi sekiranya wakil DAP yang bukan Islam mahu bercakap mengenai hukum Islam, itu dikatakan demokrasi. Demokrasi versi kafir harbi kepala hotak dia. Kerana itulah PAS terjilat-jilat dan sangat sayang dengan DAP.

Sudah jelas lagi bersuluh, Teresa Kok dan DAP sememangnya anti Islam. Sudah sampai masanya kita menjalankan jihad kita sebagai umat Islam. Pulaukan kafir harbi ini!

PAS pula semakin dayus dari hari ke hari. Terang-terangan kafir harbi memijak kepala umat Islam, mengapa PAS masih berdiam diri? Adakah PAS lebih sayangkan politik dari agama sendiri? Jika begitu, sila buang kopiah dan serban yang dipakai oleh Nik Aziz, Haji Hadi dan para ulama PAS!

ps: Teresa Kok tak perlu buang gambar dan video tu sebab semua aku dah simpan. Memang bangsat!

Read more...

BLOGGER PAKATAN MENEMPAH TIKET KE NERAKA!

Surah At-Taubah ayat 47,


Maksud: Kalaulah mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan kerosakan, dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu, (dengan tujuan) hendak menimbulkan fitnah (kekacauan) dalam kalangan kamu, sedang di antara kamu ada orang yang suka mendengar hasutan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.

 
Sebuah blog Pakatan Rakyat telah dikantoikan dengan penipuan yang maha dahsyat sekali. Penipuan ini mengenai gambar Najib yang didakwa menyembah salib di hadapan pope.


Penipuan ini telah pun dibongkarkan semata-mata penipuan yang maha dahsyat oleh Dr. MiM. Gambar ini hanyalah gambar yang disunting oleh blog pakatan itu sendiri demi meraih kuasa dengan cara melakukan fitnah ke atas PM kita, Datuk Seri Najib.


Sila baca mengenai pembongkaran penipuan ini oleh Dr. MiM di sini.

Saya teramatlah sedih mengenai penipuan yang dilakukan oleh web Suara Pakatan Rakyat ini. Apakah blogger ini sudah terlalu mabukkan kuasa politik sehinggakan sanggup memfitnah orang lain dengan sedemikian rupa?

Apakah lupa blogger ini mengenai dosa fitnah? Dikhabarkan juga pemunya blog itu ialah seorang Islam. Islam jenis apakah yang dianuti oleh blogger tersebut sehinggakan sanggup memfitnah? Siapakah yang menghalalkan fitnah yang dilakukan oleh blogger tersebut?

Sesungguhnya hancurkanlah mereka yang gemar melakukan fitnah ke atas orang lain. Selagi blogger tersebut masih tidak mahu meminta maaf kepada PM, selagi itulah blogger tersebut akan menanggung dosa yang sangat besar.

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP