HIDUP MATI ANWAR TERLETAK PADA HARI INI

>> 12 December 2011


Sebentar lagi, Anwar akan sekali lagi mengunjungi mahkamah untuk mendengar hujah perbicaraan kes liwatnya ke atas Saiful. Hari ini merupakan medan tempur terakhir Anwar dan barisan peguam bela dalam menentukan nasih Anwar. Jika peguambela gagal memberikan hujah yang baik, Anwar akan mendiami Sungai Buloh untuk kali kedua.

Di masa ini PKR cuba mendapatkan sokongan moral dengan menghebahkan berita yang dipotong sekerat. Tajuk berita yang diberikan ialah "Ketua Pendakwaraya 2 Meletak Jawatan" tetapi jika dibaca sepenuhnya, Ketua Pendakwaraya 2 iaitu Datuk Mohd Yusuf hanya akan meletak jawatan pada tahun depan. Akibat situasi yang terlalu terdesak, benda kecil seperti ini pun mahu dipolitikkan oleh PKR.

Sepanjang tempoh perbicaraan kes, peguam bela masih gagal memberikan hujah terbaik untuk menolak dakwaan bahawa air mani yang berada di dalam dubur Saiful ialah milik Anwar. Malah saksi alibi yang dipanggil juga gagal memberikan apa-apa alibi yang baik. Jika dikaji secara halus, peratusan Anwar untuk memenangi kes adalah terlalu kecil berdasarkan statistik kegagalan hujah alibi dan bukti.

Jadi, Sam Ketot tidak perlulah menjadi monyet dengan membawa gerombolan monyet yang lain untuk membuat kecoh di mahkamah. Apa gunanya setakat menang sorak tapi kampung tergadai? Anwar pasti ke Sungai Buloh. Segala-galanya sudah pasti dan hanya masa yang menentukan.

So Anwar, you are dead!

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP