HANYA INI SAHAJAKAH MODAL BARISAN PEGUAM BELA ANWAR?

>> 12 December 2011


Hari ini barisan peguam bela Anwar masih gagal untuk memberikan apa-apa fakta yang terbaik dalam mempertahankan Anwar. Mahkamah telah pun selesai behujah dan perbicaraan akan bersambung pada esok hari. Mari kita mengkaji kembali hujah-hujah bodoh barisan peguam bela Anwar yang masih tidak mampu memberikan apa-apa perisai kepada Anwar.

1. Bukti DNA tidak berada dalam keadaan baik atau "fresh"
2. Liwat terjadi atas suka sama suka
3. Bukti hanya diada-adakan
4. Saiful tidak melarikan diri walaupun mempunyai peluang

Apakah hujah seperti ini boleh menyebabkan kes ditolak? Tambahan pula bukti tidak disertakan oleh barisan peguam bela Anwar yang hanya mampu sekadar membebel seperti orang tua. Bukti yang diambil telah diakui sebagai cukup syarat dan tidak diada-adakan. Ini berdasarkan kepada hujah yang terdahulu yang dipertikaikan oleh barisan pakar Australia yang di "checmate" di mahkamah. Jadi isu ini sepatutnya tidak timbul lagi.

Karpal pula mengesahkan liwat berlaku suka sama suka kerana Saiful tidak melarikan diri. Akhinya pengakuan sebenar keluar akibat keadaan yang terlalu mendesak. Jika dibaca kembali kepada hujah terdahulu, kesimpula yang dibuat ialah keadaan Saiful ialah panik. Lari atau tidak lari bukan isu pokok kerana itu hanya cara melepaskan diri. Isu utama ialah rela atau tidak rela. Saiful tidak rela diliwat dan melaporkan kepada polis.

Jadi ada dua keadaan yang bertentangan dalam hujah Sankara dan Karpal. Seorang kata Anwar tidak meliwat kerana bukti hanya diada-adakan manakala seorang lagi kata Anwar meliwat atas dasar suka sama suka. Hujah yang berbelit-belit ini pastinya menjadi persoalan apakah mampu barisan peguam bela mempertahankan Anwar di waktu ini. Tambahan pula dulu barisan peguam bela yang beria-ia mengatakan Anwar tidak meliwat dan Saiful telah memfitnah Anwar tetapi kini mereka pula yang mengakui Anwar meliwat Saiful.

Jadi kesimpulannya, barisan peguam bela masih tidak mampu memberikan hujah menyangkal yang baik. Masa depan Anwar untuk memenangi parlimen Penjara Sungai Buloh tanpa bertanding amat cerah sekali.

2 comments:

rahman December 12, 2011 at 5:52 PM  

anuwar bayar juta2 pada peguam hampeh yang cekik darah dia...

Anonymous,  December 12, 2011 at 7:49 PM  

biasa la.. da dapat bayaran juta juta..tp saperti najib berucap dl penutupan Perhimpunan umno.. Rahsia King JUb ada d tangan Kapal pecah singki..itu fakta..

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP